Thursday, December 24, 2009

KEADILAN DALAM RUMAHTANGGA BERPOLIGAMI

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Hadirin sekelian,

Perkahwinan merupakan anugerah Allah kepada hambaNya sebagai satu sunnah Nabi, Allah menghalalkan perkahwinan sebagai satu jalan untuk pasangan suami isteri mewujudkan kasih sayang dan cinta-mencintai sesama mereka . Firman Allah



ﭽ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﭼ الروم: ٢١

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.




Pada masa yang sama islam mengharamkan penzinaan kerana perbuatan tersebut boleh menghilangkan nasab keturunan anak yang bakal dilahirkan .Oleh sebab itulah islam membenarkan berpoligami sehingga 4 orang isteri bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan .
Firman Allah :
ﮋ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮊ النساء: ٣
Maksunya :
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.





Hadirin sekelian ,

Kehidupan berpoligami merupakan sunnah Nabi , sekiranya suami dapat mengauli isteri-isteri mereka dengan penuh keadilan sudah pasti disana Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda berbanding orang yang tidak berpoligami . Firman Allah :


ﮋ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮊ الرعد: ٢٣

Maksudnya :
(yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapa-bapanya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;


Suami mestilah adil dalam pelbagai aspek contohnya adil dalam menentukan giliran bermalam antara isteri-isteri mereka .Kebanyakkan sesetengah suami apabila berpoligami , suami seolah-olah mengabaikan isteri yang pertama. Ini bukan sahaja mengundang kemurkaan Allah bahkan boleh menimbulkan pandangan buruk masyarakat sekililing tentang berpoligami . Islam membenarkan para suami yang berkawin dengan anak dara untuk tinggal selama 7 hari , manakala sekiranya pekahwinan dengan janda dibenarkan selama 3 hari. Kemudian suami hendaklah membahagikan giliran sama rata selepas hari-hari tersebut diantara isteri-isteri lain .

Sabda Nabi ;


عن أبي قِلابةَ عن أنس رضي الله عنه ، ولو شئتُ أن أقولَ قال النبيُّ صلى الله عليه وسلم، ولكن قال: «السُّنَّةُ إذا تَزوَّجَ البكرَ أقام عندها سبعاً ، وإذا تزوجَ الثِّيبَ اقام عندها ثلاثاً».

Maksunya :

Dari Abi Kilabah dari Anas Radiallahuanhu, Sekiranya aku kehendaki aku akan berkata bahawa Nabi bersabda tetapi katanya : Sunnah ialah sekiranya berkahwin dengan si dara hendaklah tinggal bersamanya selama 7 hari dan sekiranya berkahwin dengan janda hemdaklah tinggal bersamanya 3 hari .


( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Tujuan berpoligami yang hanya berasaskan nafsu semata-mata tanpa menitik beratkan soal agama akan membuahkan kecelaruan , ketidakadilan ,dan yang lebih parah menyebabkan pergaduhan antara kedua-dua pihak .


Hadirin sekelian ,

Keadilan dalam pemberian nafkah kepada isteri-isteri perlu dititikberatkan .
Suami wajib memberi nafkah zahir dan batin mengikut tahap kemampuan suami seperti tempat tinggal , makan minum ,pakaian dan seumpanya . Keadilan di dalam rumahtangga berpoligami hanya terbatas pada yang berbentuk nafkah sahaja , manakala keadilan dari segi perasaan kasih sayang ianya tidaklah diwajibkan . Suami mungkin tidak mampu untuk memberi keadilan sesama isteri berbentuk kasih sayang yang sama diantara isteri-isteri mereka, tetapi janganlah kerana terlalu kasih pada seseorang isteri menyebabkan tanggungjawab kepada isteri-isteri yang lain di abaikan .



Firman Allah :

النساء: ١٢٩

Maksudnya :
Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Hadirin sekelian ,

Apabila semua tanggungjawab dalam berpoligami dilaksanakan , suami janganlah lupa mendidik isteri mereka kearah mendekatkan diri kepada Allah, ini kerana keadilan ditambah pula isteri-isteri yang solehah akan menghasilkan keharmonian , kebahgiaan rumahtangga sehingga ke akhir hayat .

Sabda Nabi

يُحَدِّثُ عَنْ عَبْدِ الّلهِ بْنِ عَمْرٍو ،؛ أَنَّ رَسُولَ اللّهِ قَالَ «الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا المَرْأَةُ الصَّالِحَةُ».

Maksudnya ;

Deceritakan daripada Abdullah bin Amru bahawa Rasulullah bersabda ’ Dunia merupakan perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah ‘

( Riwayat Muslim )


Suami janganlah lupa tanggungjawab mereka terhadap anak-anak seperti memberi pendidikan serta memberi keadilan sesama mereka . Bagi melahirkan anak-anak yang soleh faktor pendidikan agama perlu dititik beratkan .Jangan biarkan anak-anak tidak mendapat ilmu disebabkan sikap segelintir suami yang tidak adil apabila berpoligami.

Firman Allah:

المائدة: ٨


Maksudnya :

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Sidang hadirin sekelian ,

Keadilan dalam berpoligami tidak akan terhasil jika kedua pihak suami dan isteri tidak memahami tanggungjawab masing-masing . Alam perkahwinan tidak sama seperti dizaman bujang .sekiranya suami mampu untuk berpoligami isteri pula janganlah lupa akan tanggungjawabnya dan tugasnya sehingga sehingga sanggup menderhakai suami seperti tidak melayan kehendak suami ataupun isteri pulang kerumah bapanya tanpa keizinan suaminya selepas suaminya berpoligami . Apa yang paling malang sekali , isteri sanggup meminta diceraikan tanpa alasan ataupun sebab munasabah . Amalan seumpama ini mengundang kemurkaan Allah pada isteri-isteri yang melakukan sedemikian . Suami dan isteri hendaklah menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah di dalam melayari bahtera berpoligami .Sekiranya suami yang soleh sanggup mengikut akhlak dan peribadi Rasullulah , kenapakah isteri tidak sanggup menjadikan Khadijah ,A’Isyah dan isteri-isteri Rasullulah yang lain sebagai idola dan ikutan mereka sepanjang zaman. Isteri-isteri Rasullah yang merupakan penghuni syurga sanggup hidup bermadu,apakah isteri-isteri zaman ini lebih berani meminta talak dari suami disebabkan kerana tidak sanggup hidup bermadu . Semuanya ini terletak pada ketakwaan masing-masing .

Sidang hadirin sekelian ,

Suami hendaklah memperbanyakkan doa agar suami dapat melayani isteri-isteri dengan penuh keadilan , ketakwaan , kebahgiaan sehingga ke penghujung hayat . Ingatlah perkahwinan merupakan amanah dan satu ujian , Allah akan menilai tahap keimanan seseorang melalui tugas dan tanggungjawab yang bakal dilaksanakan .

Firman Allah :

العنكبوت: ٢
Maksudnya :
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?



Percayalah , sesungguhnya keadilan sesebuah insitusi keluaraga dapat diwujudkan sekiranya suami dan isteri meletakkan ketakwaan kepada Allah sebagai batu asas dalam setiap gerak geri mereka.



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ .

No comments:

Post a Comment